Chonburi terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan musim ini apabila tewas kepada Chiangrai United pada perlawanan akhir saingan Piala FA Thailand semalam.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 1-1 pada masa sebenar permainan.

Chiangrai nyata lebih baik dimana mereka memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-4, sekaligus menempaj tempat slot automatik dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal yang menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan separuh akhir menentang Buriram United walaubagaimanapun tidak terlibat dalam perlawanan semalam.

Junior digantung satu perlawanan ekoran mengutip dua kad kuning sebelumnya sekaligus menyebabkan beliau tidak dapat membantu pasukan.

Perkara ini turut memasam hasrat Junior untuk mengikut jejak langkah dua pemain negara sebelumnya iaitu Nick Swirad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Nick dan Norshahrul masing-masing mendapat pingat kejuaraan dimana Matyo membantu BG Pathum United muncul juara Thai League 1 manakaa Nick membantu Nongbua Pitchaya memenangi saingan Thai League 2.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia di Thailand di sini:

Prestasi Cemerlang Berbaloi, Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Junior Eldstal Sertai Kem Latihan

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021

Junior Eldstal Mahu Kembali Beraksi Bersama Pasukan Kebangsaan