Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan kebangsaan China B-22 tahun mengumumkan bahawa mereka menarik diri daripada saingan kelayakan AFC B-23 di Tajikistan di atas sebab logistik yang dianggap mustahil untuk dipenuhi.

Menurut perkongsian Asian Football di laman media sosial Twitter, China mengambil keputusan untuk menarik diri kerana langkah pencegahan epidemik dan kawalan COVID-19, kekangan penerbangan dan sebab-sebab lain menyebabkan pasukan itu tidak dapat terbang ke Tajikistan dan mengambil bahagian dalam saingan kelayakan.

Setelah mengundurkan diri dari saingan kelayakan AFC B-23, pasukan bimbingan Alexander Jankovic itu akan memulakan persiapan bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2022 yang akan diadakan di Hangzhou pada 10 September hingga 25 September 2022.

Sebelum ini, China B-22 tahun diundi dalam kumpulan G bersama Australia, Indonesia dan Brunei dan aksi kelayakan dijadualkan akan berlangsung di Indonesia pada 23 Oktober hingga 31 Oktober ini.

Brunei terlebih dahulu mengambil langkah untuk mengundurkan diri kerana situasi pandemik COVID-19 yang masih berada di tahap tinggi dan Brunei bimbang tentang keselamatan pemain serta pegawai pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Indonesia Mara Ke Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023, Berpeluang Diundi Satu Kumpulan Dengan Malaysia

TRW Kelantan Tamatkan Kontrak Mario Arques

Lion City Sailors Juara Liga Singapura 2021, Pecahkan Dominasi Kelab Luar

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group