Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengesahkan mereka menarik diri dari menjadi tuan rumah saingan AFC B-23 Tahun bagi edisi 2022 nanti.

Perkara ini diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis lalu dimana faktor utama China menarik diri ialah kerana masalah jadual, stadium yang masih dalam pembangunan serta pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

AFC kini sudah membuka bidaan kepada mana-mana negara Asia yang berminat untuk menjadi tuan rumah baharu bagi saingan edisi 2022 dan juga saingan edisi 2024.

Pasukan negara kali terakhir tampil dalam kejohanan AFC B-23 tahun ketika edisi 2018 dimana skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mara ke peringkat 16 pasukan.

Akan tetapi, perjalanan skuad Harimau Malaya terkandas setelah tewas kepada Korea Selatan dengan keputusan 2-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak terkini di sini:

“Malaysia Adalah ‘Comfort Zone’ Saya, Thai League Adalah Cabaran Baru Dan Saya Perlu Buktikan Kemampuan.” – Sumareh

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?