Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong jelas tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya terutama pada separuh masa pertama ketika bertemu Thailand, semalam.

Perlawanan sulung yang berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam, Vietnam itu menyaksikan skuad negara tumbang 2-6 dimana mereka ketinggalan lima gol tanpa balas pada separuh masa pertama.

Keadaan itu jelas menjadi tumpuan utama Chun Yong yang melihat anak buahnya seolah-olah tidak bermaya dalam menerima asakan hebat daripada juara empat kali temasya dwitahunan tersebut.

“Sejujurnya pasukan Malaysia pada separuh masa pertama bermain dengan sangat teruk. Mereka seakan-akan sedang bermimpi,” ujar Chun Yong menurut dalam sidang media selepas perlawanan yang disiarkan laman Twitter Astro Arena.

“Mereka tidak bangkit pada separuh masa pertama, jadi itu sangat teruk. Kita dapat melihat bagaimana semua kesilapan mudah dilakukan terutamanya tiga gol yang dibolosi daripada situasi bola mati.”

Jaringan Thailand yang masih segar dengan kejayaan muncul juara saingan Futsal AFF 2022 pada bulan lalu disumbangkan oleh hatrik daripada Peerapat Kaewwilai,  Ronnachai Jungwongsuk dengan dua gol dan Muhammad Osamanmusa.

Sementara itu, jaringan skuad negara pula dihasilkan oleh Muhammad Ekmal Shahrin dan ketua pasukan, Khairul Effendy Bahrin.

Kekalahan yang dialami pada perlawanan pembukaan itu menyaksikan skuad negara kini menghuni tangga kelima dan lawan seterusnya pada 14 Mei nanti ialah tuan rumah, Vietnam.

Baca artikel lain mengenai sukan Futsal di bawah:

Sukan SEA 2021: Thailand Masih Sukar Digugat Skuad Futsal Negara

Falcao: Dari Pemain Bola Sepak Yang Kecewa Kepada Ikon Futsal Terbilang

Trofi Piala Dunia Futsal Pelengkap Karier Gemilang Ricardinho

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group