Juara Thai League 1 musim 2019, Chiangrai United menegaskan mereka hanya melepaskan pemain muda yang sedang meningkat naik ketika ini, Ekanit Panya jika ada tawaran daripada kelan luar negara.

Beberapa pemain Chiangrai menjadi sasaran kelab yang beraksi dalam saingan J.League dimana selain Ekanit, seorang lagi pemain iaitu Sivakorn Tiatrakul turut menarik perhatian setelah menampilkan persembahan cemerlang di Liga Thailand.

Presiden Chiangrai United, Mittiya Phairat menegaskan pihaknya hanya menerima tawaran daripada kelab luar negara dan enggan melepaskan pemain kepada pesaing dalam saingan liga domestik.

Chiangrai United
Ekanit Panya

“Kami akan mencuba untuk mempertahankan pemain kami selama yang mungkin. Pemain mungkin akan berhijra ke pasukan lain namun ini tidak berlaku terhadap kelab domestik. Ramai pasukan luar negara yang berminat terhadap pemain muda kami, Ekanit Panya.

“Kelab J1 dan J2 sedang memerhatikan Ekanit. Tetapi kita perlu mengambil kira keperluan pemain. Jika kelab itu tidak sesuai dengan beliau, kami tidak akan melepaskan Ekanit. Pada akhirnya, keputusan akan dibuat oleh pemain itu sendiri.

“J League merupakan platform yang sesuai untuk pemain Thailand. Thitipan Puangchan, Theerathon Bunmathan dan Chanathip Songkrasin berjaya menempah nama di sana,” kata Mittiya.

Selain menampilkan prestasi cemerlang di peringkat kelab, Ekanit turut beraksi dengan baik bersama skuad kebangsaan dimana beliau membuat bantuan jaringan serta mencipta gol pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu.

Baca artikel lain mengenai Ekanit Panya serta Chiangrai United di sini:

FC Tokyo Panggil Pemain Chiangrai United Untuk Sertai Sesi Percubaan Untuk Musim 2020

President Kelab Chiangrai United Dedahkan Terima Banyak Tawaran Dari Kelab J.League Untuk Ekanit Panya