Juara Thai League 1, Chiangrai United mencipta sejarah apabila meraih kemenangan pertama dalam saingan AFC Champions League (ACL) ketika bertemu wakil Korea Selatan, FC Seoul semalam.

Chiangrai mencipta kejutan dimana mereka berjaya menewaskan Seoul dengan keputusan 2-1, sekaligus meraih kemenangan pertama dan menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Penyerang import pasukan, Bill Rosimar menjadi wira pasukan apabila masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua bagi memberikan tiga mata pertama kepada kelab Thailand itu.

FC Seoul mempunyai peluang untuk menjadikan kedudukan 2-2 dan sekurang-kurangnya meraih satu mata, namun ketua pasukan, Park Chu-young gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Selepas meraih kemenangan pertama semalam, Chiangrai United kini mempunyai kutipan mata sama dengan kelab Australia, Melbourne Victory iaitu tiga mata dalam carta kumpulan E.

Chiangrai dibezakan tiga mata di belakang pasukan di tangga kedua, FC Seoul dan masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

RASMI: BG Pathum United Sah Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2021

RASMI: CIMB Dan Air Asia Tarik Diri Sebagai Penaja Liga Malaysia

Pemain Syria, Omar Khribin Digantung Seumur Hidup Oleh FASF