Terdapat perubahan dalam senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 skuad B-20 tahun negara apabila Ahmad Aysar Hadi terpaksa digantikan ekoran mengalami kecederaan.

Ketua jurulatih, Brad Maloney memutuskan untuk memanggil pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II iaitu Chia Ruo Han bagi menggantikan Aysar Hadi yang juga rakan sepasukan beliau.

Aysar mengalami kecederaan ketika aksi Liga Premier menentang Kuching City pada minggu lalu yang menyaksikan JDT II tewas dengan keputusan 2-1 kepada skuad kendalian Irfan Bakti itu.

Chia Ruo Han mula mendapat perhatian apabila beliau disenaraikan dalam skuad JDT bagi menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) di Thailand pada Julai lalu.

Namun, finalis program pencarian bakay bola sepak Mencari Ramli itu tidak diturunkan dimana JDT gagal melepasi cabaran peringkat kumpulan.

Seramai 27 pemain dipanggil oleh Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, Selangor dari 30 Ogos hingga 7 September 2021.

Latihan tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

FAM Nafi Berbincang Mengenai Perubahan Jumlah Pasukan Liga Super

Kalah Besar Berdepan UiTM, Kurniawan ‘Direhatkan’ Berkuatkuasa Serta-Merta

Kisah Anwar Ridhwan, Dari Pemain Bola Sepak Kepada Jurutera Kanan Syarikat Gergasi Minyak Negara