Tandukan Casemiro pada masa kecederaan sebelum tamat telah menafikan 3 mata Chelsea di Stamford Bridge.

Di mana sebelum itu, The Blues di hadapan menerusi penalti Jorginho.

Ketika Chelsea sedang berkira kira nak mengutip 3 mata dari Stamford Bridge, mereka dihampakan dengan tandukan Casemiro pada minit akhir perlawanan.

Chelsea melayan kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Manchester United dalam usaha meneruskan rentak permainan cemerlang mereka ketika bertemu dengan Spurs sebelum ini.

Pada separuh masa pertama, Manchester United tampil dengan lebih baik berbanding tuan rumah. Namun tidak ada penyudah yang berkesan di serangan.

Selain itu Kepa Arrizabalaga berada di prestasi terbaiknya.

Pasukan pelawat berterusan memberikan tekanan kepada pasukan tuan rumah. Rashford dan Antony antara yang memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Namun Kepa berjaya memastikan Chelsea tidak dibolosi.

Pada separuh masa kedua, keadaan agak berbeza. Dia mana Chelsea tampil sebagai pasukan yang lebih baik daripada Red Devils.

Manchester United terpaksa mengeluarkan Raphael Varane yang mengalami kecederaan. Dengan Piala Dunia 2022 semakin hampir, bek antarabangsa Perancis itu menangis kerana merasakan bahawa peluangnya untuk beraksi di Qatar kelihatan sangat samar.

Menurut laporan awal, Varane mengalami kecederaan di lututnya.

Pada minit ke-73, Chelsea memiliki peluang terbaik mereka yang pertama. Di mana Chalobah cuba menewaskan De Gea selepas menyambar sepakan penjuru Mason Mount. Namun bola terkena palang.

Pada minit ke-84, Chelsea diberikan sepakan penalti. Ianya selepas pemain gantian Scott McTominay menjatuhkan Broja.

Jorginho tiada masalah untuk menyempurnakannya.

Manchester United kemudian tersedar dari lamunan. Mereka kembali dominan seperti separuh masa pertama. Akhirnya tandukan Casemiro yang sukar digapai Kepa, telah terkena tiang. Bola melantu ke tengah garisan gol dan masuk.

Pemain pemain Manchester United menunggu pengesahan pengadil. Kemudian pengadil menunjukkan isyarat Teknologi Garisan Gol mengesahkan bahawa bola telah masuk.

Gol itu membuatkan kedua dua pasukan berkongsi 1 mata di Stamford Bridge.