Chelsea terikat dengan Fulham dalam aksi di tempat sendiri. Nampaknya Chelsea harus sabar menanti untuk mendapatkan pulangan pelaburan rekod dunia dalam pasaran perpindahan lalu.

Ini apabila The Blues diikat 0-0 di laman sendiri oleh Fulham pada hari Jumaat.

Enzo Fernandez membuat penampilan sulung di Chelsea selepas menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak Britain dengan perpindahan £107 juta dari Benfica pada hari tarikh akhir perpindahan.

Dia tampil cemerlang secara individu.

Mykhailo Mudryk juga diberikan tempat dalam kesebelasan utama. Aksi pertamanya di hadapan penyokong Chelsea di Stamford Bridge, manakala Noni Madueke dan David Datro Fofana turun dari bangku simpanan untuk penampilan sulung Liga Perdana Inggeris mereka.

Rekod pelaburan Chelsea melebihi £300 juta pada jendela Januari menjadikan jumlah perbelanjaan pemain baharu pada musim pertama mereka di bawah pemilikan baharu kepada lebih setengah bilion.

Pemilik bersama Todd Boehly dan Behdad Eghbali turut hadir, tetapi kelihatan agak hampa dengan hasil akhir perlawanan ini.

Anak buah Graham Potter menduduki tempat kesembilan dalam carta liga, masih ketinggalan sembilan mata daripada tempat Liga Juara-Juara Eropah.

Fulham telah memperoleh kemenangan pertamanya dalam derby London barat sejak 2006 apabila pasukan itu bertemu pertama kali musim ini, hanya tiga minggu lalu.

Anak buah Marco Silva menduduki dua mata dan tiga anak tangga di atas pesaing tempatan mereka itu dalam cara liga, pada musim pertama mereka kembali ke EPL.

Fulham memburu kemenangan berganda dalam liga buat pertama kali ke atas Chelsea dan hampir mencapainya apabila Andreas Pereira memaksa Kepa Arrizabalaga melakukan penyelamatan rendah di sebelah kanannya.

Mengambil kira angka yang sangat besar dilaburkan Chelsea pada jendela perpindahan, kekurangan penjaring gol yang klinikal mereka didedahkan sekali lagi.

Kai Havertz mempunyai ‘hatrik’ peluang go’ untuk memecahkan kebuntuan sebelum separuh masa.

Pemain antarabangsa Jerman itu gagal mendapatkan sentuhan yang mencukupi untuk menyudahkan hantaran cemerlang Thiago Silva.

Havertz kemudiannya tidak dapat menyambar bola tepat ke sasaran untuk menyambut hantaran lintang berbahaya Mason Mount.

Tetapi peluang terbaiknya datang apabila bola terkena tiang selepas dia melakukan lob melepasi Leno,  berpunca daripada hantaran membelah pertahanan Hakim Ziyech.

Mudryk terpaksa dikeluarkan awal selepas dia bergelut dengan corak permainan.

Pemain Ukraine menyertai dari Shakhtar Donetsk bulan lalu dengan bayaran yang boleh meningkat kepada 100 juta euro.

Madueke telah diperkenalkan menggantikannya dan Potter turut memasukkan Raheem Sterling dari bangku simpanan pada minit ke-60.

Enzo Fernandez turut hampir mencetak gol pertamanya pada aksi sulungnya..

Tetapi peluang terbaik jatuh kepada Fofana apabila pemain Ivory Ciast itu mengatasi Bernd Leno yang terkandas, tetapi gagal menewaskan Tim Ream yang menghadang bola di garisan gol.

Tamat perlawanan, Chelsea dan Fulham terikat dengan skor 0-0.