Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Arsenal kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris apabila Gabriel Magalhaes cetak gol kemenangan memastikan kemenangan 1-0 menentang Chelsea.

Artikel Berkaitan:

Ianya sekaligus memasmtikan misi membalas dendam Pierre-Emerick Aubameyang gagal pada hari Ahad.

Aubameyang pada video promosi perlawanan dengan sinis mahu membalas dendam kepada Arsenal dan menyatakan dia sudah menunggu mereka di Stamford Bridge.

Namun pemain itu terdiam sepanjang aksi. Dia hanya mendapat sorotan kerana bentesan bahayanya yang membuatkan Mikel Arteta bengang.

Skuad kendalian Mikel Arteta mencatatkan 11 kemenangan daripada 13 perlawanan liga hasil penyudah jarak dekat dari pertahanan Brazil, Gabriel pada separuh masa kedua di Stamford Bridge.

The Gunners kini di hadapan dengan dua mata mengatasi Manchester City yang berada di tempat kedua. City sempat berada di tangga teratas untuk 24 jam selepas kemenangan ke atas Fulham.

Dengan hanya satu pusingan sahaja berbaki sebelum Piala Dunia, yang membuatkan Liga Perdana Inggeris akan berehat, Arsenal telah muncul sebagai pesaing tulen untuk menamatkan cengkaman Manchester City.

Selepas menewaskan Tottenham dan Liverpool di laman sendiri awal musim ini, kemenangan di barat London adalah satu lagi kenyataan yang penting daripada Arsenal, bahawa mereka benar benar berada dalam landasan terbaik untuk mencabar kejuaraan EPL.

Ketika perlawanan bermula, Arsenal terus berada di tempo yang intensif.

Ben White merembat dari jarak jauh dalam usahanya untuk mendapatkan gol.

Dari segi duel, Arsenal memenangi hampir kesemua aksi 50-50 dengan pemain Chelsea. Arsenal sangat dominan dan memaksa Chelsea melakukan banyak kesilapan.

Gabriel Jesus merampas bola daripada Ruben Loftus-Cheek dan meluru ke arah gol, sebelum Thiago Silva melakukan terjahan menggelongsor untuk mematikan ancaman itu.

Aubameyang sedaya upaya cuba menunjukkan bahawa Arsenal silap melepaskannya. Namun ternyata dia gagal berbuat demikian. Aubameyang menunjukkan kekecewaannya dengan kekasaran melulu terhadap Ben White yang membuatkan Michael Oliver melayangkan kad kuning kepadanya.

Gabriel Martinelli menjadi ancaman berterusan dari bahagian sayap. Dia melakukan hantaran linat kepada Jesus yang tidak dikawal. Namun sayangnya tandukan terbangnya tersasar daripada sasaran dari jarak hanya beberapa meter.

Perlawanan kemudian menjadi semakin panas. Selain daripada insiden kekasaran Aubameyang, Graham Potter menuduh Saka melakukan simulasi ketika dicabar oleh Marc Cucurella.

Arteta turut bertikam lidah dengan staf kejurulatihan Chelsea di tepi padang. Saka memberikan respon dengan membentes Cucurella beberapa saat kemudian – membuatkan bintang Arsenal itu dilayangkan kad kuning.

Pada separuh masa kedua, Gabriel Marghalhaes akhirnya meletakkan Arsenal di hadapan dengan menyambar sepakan penjuru Bukayo Saka. Gabriel mencetak gol kemenangan untuk Arsenal.

Penyokong Arsenal meraikan keriangan berganda, kerana selepas gol itu, Aubameyang pula dikeluarkan.

Tamat perlawanan Chelsea 0 Arsenal 1.

Arsenal meneruskan pemburuan kejuaraan liga mereka dengan berada di tangga teratas sekali lagi.