Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Inter Milan mengemukakan bidaan terlalu rendah kepada Chelsea untuk mendapatkan Romelu Lukaku.

Lukaku sudah menyatakan hasratnya untuk kembali semula ke Inter Milan pada musim ini.

Sejak kembali semula ke Chelsea, Lukaku gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

Penyerang antarabangsa Belgium itu benar benar mahu kembali ke Inter dan sedia untuk menerima pengurangan gaji.

Berdasarkan situasi kewangan semasa Inter Milan, mustahil mereka membayar gaji yang Lukaku terima di Chelsea. Pada masa yang sama Inter juga hanya boleh meminjam Lukaku terlebih dahulu sebelum membeli secara tetap pada musim berikutnya.

Romelu Lukaku sudah bercakap sendiri dengan pemilik kelab yang baharu Todd Boehly serta pengurus Thomas Tuchel tentang hasratnya itu.

Chelsea pada awalnya mahukan perjanjian tetap. Oleh kerana hanya Inter Milan yang benar benar berminat, dan Lukaku pun hanya mahu ke sana, tidak banyak yang Chelsea boleh lakukan. Memandangkan pemain itu tidak memberikan impak di dalam skuad Thomas Tuchel.

Inter Milan sudah menghubungi Chelsea dan menawarkan €5 juta sebagai bayaran pinjaman semusim.

Angka itu dianggap terlalu kecil. Tetapi rundingan masih di landasan yang sepatutnya. Dan Inter kini menunggu tanda harga yang diletakkan Chelsea.

Sebelum ini Lukaku pernah mendesak perpindahan ke Chelsea pada minggu minggu terakhir perpindahan.

Membuatkan Inter benar benar bergelut mahu mencari penggantinya, selepas Lukaku sebelum itu memberikan komitmen dia akan kekal.

Lukaku kemudian menyatakan bahawa alasan dia mahu pergi kerana Inter Milan tidak mahu memenuhi permintaannya untuk kontrak baharu. Lukaku menegaskan dia faham kerana situasi kewangan Inter ketika itu.

Lukaku kemudian menegaskan bahawa dia kembali semula ke Chelsea untuk melaksanakan urusan yang belum selesai di sana. Dia menyertai Chelsea ketika remaja namun tidak dapat menjadi pemain utama dan dijual ke kelab lain.

Lukaku menganggap Chelsea sebagai kelab yang dia sokong sejak kecil.

Ketika di Chelsea dia menyatakan dia mahu pulang semula ke Inter suatu hari nanti. Kerana itu adalah impiannya.

 

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group