Chelsea menghadapi kekalahan final kedua dalam masa 2 hari. Selepas skuad lelaki mereka tewas dalam aksi final Piala FA di tangan Leicester, skuad wanita mereka pula menyusul dengan kekalahan 0-4 di tangan Barcelona.

Barcelona Femeni menjuarai Liga Juara-Juara Eropah Wanita untuk pertama kalinya di Gothenberg pada aksi malam Ahad.

Pasukan Luis Cortes memperoleh kemenangan setelah prestasi babak pertama yang luar biasa yang menyaksikan pasukan menjaringkan empat gol dalam 45 minit pembukaan.

Barca memulakan permulaan yang luar biasa dengan Lieke Martens melakukan rembatan terkena palang dalam 30 saat pertama. Dan kemudian mereka mendahului beberapa saat kemudian ketika hantaran Kirby ditampan masuk pemain Chelsea sendiri iaitu Melanie Leupolz.

Gol kedua tiba pada minit ke-13 minit dari sepakan penalti. Jenni Hermoso dikasarai oleh Leupolz dan Alexia Putellas dengan tenang menyempurnakan penalti yang gagal dibaca penjaga gol.

Barcelona semakin selesa, apabila tujuh minit kemudian – di mana Martens, Hermoso dan Putellas bergabung untuk mencipta peluang yang disudahkan Aitana BonmatΓ­ untuk gol ketiga yang luar biasa.

Barca terus membuatkan Chelsea mati kutu dengan gol keempat yang menakjubkan sebelum rehat menerusi Caroline Graham Hansen.

Empat gol dalam masa 45 minit – itu bermaksud permainan sudah dibunuh oleh Barca. Hanya keajaiban sahaja yang boleh membantu Chelsea.

Tiada tambahan gol pada separuh masa kedua. Dan Barcelona Femeni meraikan kejuaraan UCL mereka.

Bukan hari yang indah di kem Chelsea. Namun pasukan lelaki mereka masih ada misi besar di dalam aksi final UCL.

Baca juga artikel

Barca Menyerah Kalah, Gol Lewat Suarez Pastikan Atletico Kekal Pimpin Liga Menjelang Perlawanan Terakhir

EPL: Detik Magis, Alisson Tanduk Gol Kemenangan Saat Akhir

Media Pro Palestine Puas Fofana & Choudhury Kibar Bendera Palestin, Tamparan Kepada Abramovich