Chelsea terus aktif dalam jendela perpindahan. Dan kini kelab tersebut dilaporkan sedang berusaha memuktamadkan perpindahan 3 lagi pemain.

Chelsea sebelum ini sudah mengesahkan perpindahan masuk nama besar seperti Hakim Ziyech dan Timo Werner.

Namun Frank Lampard masih bersemangat untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka.

1. Thiago Silva

Bek veteran PSG ini sudah menyatakan bahawa beliau mahu menyertai Chelsea selepas menerima banyak tawaran daripada kelab lain.

Thiago Silva akan menyertai Chelsea secara percuma. Dan beliau akan berbincang dengan Chelsea sebaik sahaja tamat kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Di mana Thiago Silva dan PSG akan bertemu dengan Bayern Munich dalam aksi final.

2. Ben Chilwell

Ini antara rumors yang paling panjang melibatkan pasukan Chelsea. Mereka sudah mahukan pemain ini dalam beberapa jendela perpindahan.

Namun usaha itu masih gagal kerana isu harga. Leicester meminta harga yang sama dengan Harry Maguire iaitu £80 juta.

Tetapi kini Chelsea sudah bersedia untuk £50 juta bagi mendapatkan khidmat bek kiri Leicester ini.

3. Kai Havertz

Frank Lampard merupakan peminat kepada gaya permainan Kai Havertz.

Pemain yang boleh mencipta dan menjaringkan gol. Pemain muda antarabangsa Jerman ini menjadi bakat paling dikehendaki di Eropah.

Namun seperti yang kita semua tahu, isu harga menjadi masalah kepada Chelsea dalam rundingan ini.

Di mana Leverkusen meletakkan harga €100 juta ataupun £87 juta untuk pemain ini.

Baca juga perkembangan lain

UEL: Sevilla Juara Kali Keenam

TERKINI: Maguire Serang Polis Di Greece, Akan Diberikan Penalti

20 Kelab Dengan Perbelanjaan Tertinggi Membeli Pemain