Karier Pierre-Emerick Aubameyang di Chelsea ternyata satu bencana selepas kelab itu kini sedia menamatkan kontrak beliau.

Penyerang Gabon itu menyertai Chelsea dari Barcelona dalam perjanjian £10.3 juta pada September 2022.

The Blues mempunyai keperluan yang jelas dalam posisi penyerang dan diharapkan dia dapat mengisi kekosongan itu.

Walaupun Chelsea bergelut dengan posisi no.9, namun Aubameyang masih gagal menempatkan dirinya sebagai pemain utama.

Pemain berusia 33 tahun itu telah bermain 18 kali untuk Chelsea, dan hanya  menjaringkan sebanyak tiga gol sahaja.

Dia benar-benar tidak disukai di bawah Graham Potter dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Malah, pada 2023, Aubameyang hanya bermain selama 127 minit bola sepak dan hanya membuat satu permulaan untuk kelab itu.

Aubameyang hadir di Camp Nou untuk menyaksikan Barcelona menentang Real Madrid dalam El Clasico pada hari Ahad lalu.

Barca terus memenangi perlawanan itu 2-1, dengan Franck Kessie menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan.

Aubameyang jelas teruja dengan kemenangan bekas pasukannya dan melawat bilik persalinan mereka selepas perlawanan untuk meraikan kemenangan bersama mereka.

Imej dia bergambar dengan Ferran Torres telah disiarkan di media sosial.

Kelakuan itu mendapat perhatian Chelsea. Kerana Aubameyang adalah pemain mereka. Kenapa dia pergi ke Barcelona dan meraikan kemenangan dengan kelab lain?

Aubameyang mempunyai kontrak sehingga 2024 bersama Chelsea tetapi, menurut Goal, the Blues terbuka untuk menamatkan kontrak penyerang itu setahun lebih awal.

Menurut Sport, Aubameyang mahu kembali ke Barcelona dan mungkin mengalu-alukan kontraknya dengan Chelsea ditamatkan.

Idea kepulangan semula ke Barca itu muncul sejak jendela perpindahan lalu. Barca sendiri sedia menerima Aubameyang kembali jika pemain itu dilepaskan secara percuma.

Namun Chelsea ketika itu meminta sekurang kurangnya £10.3 juta yang mereka bayar kepada Barca. Membuatkan perpindahan itu mustahil untuk Barca.

Aubameyang hanya boleh berpindah ke Barca memandangkan dia sebelum ini dijual dari Barcelona ke Chelsea.

Semasa lawatannya ke Barca baru baru ini, Aubameyang sempat berjumpa dengan pengurusan tertinggi Barcelona dan sedia menerima pemotongan gaji.

Keadaan kewangan Barcelona mungkin merumitkan kepulangannya.

ESPN telah melaporkan bahawa Barca perlu mengurangkan atau menjana sebanyak €200 juta daripada perbelanjaan mereka menjelang musim depan sebelum mereka boleh mendaftarkan pemain baharu.

Masa Aubameyang di Chelsea nampaknya akan berakhir tetapi sama ada dia memastikan perpindahan impiannya kembali ke gergasi Catalan itu masih belum diketahui.

Chelsea pula sudah sedia untuk menamatkan kontrak Aubameyang yang dianggap tidak komited kepada kelab mereka.