Chelsea berjaya mengalahkan Crystal Palace dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan jaringan 2-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Wembley, Chelsea menunggu sehingga separuh masa kedua untuk mendapatkan gol pertama mereka.

Hasil daripada keputusan ini, Chelsea mara ke final untuk bertemu dengan Liverpool, yang sebelum ini mengalahkan Manchester City 3-2.

Ini kali pertama pertandingan Piala FA Inggeris melibatkan pertemuan dua pengurus Jerman di final.

Sebelum ini Tuchel dan Klopp bertemu dalam aksi final Piala Liga yang dimenangi Liverpool.

Chelsea atasi cabaran Palace

Aksi di antara Chelsea dan Crystal Palace berlangsung sangat sengit pada separuh masa pertama.

Chelsea dominan dan banyak melakukan serangan. Malangnya, mereka bergelut di hadapan gol.

Walaupun pasukan Chelsea lebih dominan, namun peluang keemasan pertama dalam perlawanan ini sebenarnya diperoleh Crystal Palace pada minit ke-36.

Di mana percubaan Cheikhou Kouyate berjaya dihalang oleh Edouard Mendy.

Dua minit kemudian, pengadil Anthony Taylor menghadiahkan Kai Havertz kad kuning kerana merebahkan badany di luar kotak penalti Palace.

Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Palace terus memberikan cabaran yang sengit kepada Chelsea.

Chelsea akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-65 menerusi voli Loftus-Cheek terus menerjah jaring. Loftus Cheek merupakan pemain gantian. Dan beliau berjaya meletakkan pasukannya di hadapan.

Chelsea kemudian menambah satu labih gol menerusi Mount pada minit ke-76. Kredit kepada Timo Werner yang mencipta peluang kepada Mount yang dengan tenang menewaskan Jack Butland.

Walaupun mendahului 2 gol, Thomas Tuchel masih resah di tepi padang. Dan mengarahkan pemain pemainnya membunuh perlawanan dengan gol ketiga.

Romelu Lukaku sepatutnya menjaringkan gol pada akhir babak separuh masa kedua. Malangnya penyerang termahal dalam sejarah Chelsea itu sekali lagi merembat tak masuk.

Palace pula gagal untuk mendapatkan gol yang mereka cari dan perlawanan berakhir dengan kemenangan Chelsea 2-0.

Tuchel kini memiliki rekod luar biasa sejak menguruskan pasukan Chelsea. Di mana dia membantu Chelsea mara ke 6 perlawanan akhir pertandingan piala dalam tempoh 15 bulan pertamanya sebagai pengurus Chelsea.

Lebih menarik, Tuchel mencatatkan rekod luar biasa di separuh akhir. Di mana dia tak pernah tewas di peringkat separuh akhir dalam karier pengurusannya.

10 kali ke separuh akhir dan 10 kali dia menang.