Cristiano Ronaldo sekali lagi dikaitkan dengan Chelsea. Pemain veteran berusia 37 tahun itu berpeluang untuk kembali semula ke EPL selepas Chelsea dilaporkan membuat pusingan U dalam polisi perpindahan mereka.

Chelsea berdepan dengan masalah kecederaan penyerang Armando Broja. Dan kini mereka sedia untuk mendapatkan khidmat Ronaldo untuk 6 bulan terakhir musim ini.

Chelsea sebelum ini tidak menunjukkan minat yang mendalam ke atas Ronaldo. Walaupun pemilik kelab Todd Boehly sangat menyukai pemain tersebut.

Namun pengurus terdahulu, Thomas Tuchel dan terbaru Graham Potter tidak begitu menyokong idea mendapatkan Ronaldo.

Banyak perkara yang dipertimbangkan, termasuk keharmornian di bilik persalinan dan juga isu struktur gaji.

Ronaldo kini tanpa kelab selepas dilepaskan Manchester United atas penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Ronaldo sedang berlatih di Madrid bersama kelab lamanya, Real Madrid bagi mengekalkan kecergasannya, dalam pada masa yang sama, mencari kelab baharu untuknya.

Ronaldo masih mahu bermain di liga utama di Eropah. Dengan aksi di UCL merupakan sasaran utama beliau dalam memilih kelab.

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: Manchester United

Chelsea musim ini berdepan dengan masalah penyerang. Di mana mereka tidak ada no.9 yang benar benar konsisten di hadapan gol.

Ronaldo mungkin dilihat sebagai alternatif jangka pendek yang baik.

Buat masa ini, tiada sebarang rundingan atau tawaran rasmi dibuat untuk pemain itu.

Ronaldo baru sahaja menamatkan kempen Piala Dunia 2022 bersama dengan Portugal.

Adakah Ronaldo akhirnya berpakaian biru Chelsea?