Pemain tengah Port FC, Charyl Chappuis semalam mengumumkan di dalam laman instagramnya bahawa beliau kini disahkan positif coronavirus (COVID-19).

Beliau dijangkiti wabak itu ketika berjumpa kawannya yang juga didapati positif COVID-19. Charyl kemudian bergegas ke Hospital Sukhumvit untuk menjalani ujian pengesanan dan diarahkan menjalani proses kuarantin di rumah walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Saya telah menjalani ujian COVID-19 dan keputusan menunjukkan positif. Saya kini sedang dikuarantin dan akan dirawat dengan selamat.

“Jika terdapat masalah yang berpunca daripada saya, tidak kira kecil atau besar, saya ingin memohon maaf tulus dari hati. Saya harap semua orang sentiasa jaga diri pada saat yang sukar ini,” tulisnya dalam instagram.

https://www.instagram.com/p/CNkP-KdlswR/?hl=en

Port FC dalam satu kenyataan rasmi turut mengesahkan perkembangan tersebut. Semua pemain, jurulatih dan kakitangan kelab itu diminta mengasingkan diri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

FA Thailand kini sedang memohon untuk mempercepatkan pemberian suntikan vaksin kepada semua pemain bagi mengelakkan wabak itu dijangkiti oleh pemain skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 bulan Jun ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Park Hang-seo Anggota Pertama Skuad Vietnam Terima Suntikan Vaksin COVID-19

UAE ‘Tibai’ India 6 Gol Tanpa Balas, Ali Mabkhout Cipta Hatrik Dan 2 Pemain Naturalisasi Sumbat Gol

Tiga Pasukan Berminat Atur Perlawanan Persahabatan Menentang Harimau Malaya

Chanathip Dan Theerathon Dapat Layanan “Special”, Tak Perlu Sertai Latihan Pusat