Pemain yang pernah digelar sebagai “Ronaldo Thailand”, Charyl Chappuis menyatakan beliau berhasrat untuk kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan negara itu.

Charyl pernah menjadi pemain bintang Thailand terutamanya pada tahun 2014 lalu dimana beliau membantu skuad Gajah Perang memenangi saingan Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Malaysia di pentas akhir.

Charyl menjaringkan dua gol di pentas final sekaligus memberi kejuaraan keempat untuk pasukan yang ketika itu dibimbing oleh Kiatisuk Senamuang.

Namun, beberapa siri kecederaan yang dialami oleh pemain kacukan Switzerland-Thailand itu menyebabkan karier beliau jatuh menjunam dan tidak lagi beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Baru-baru ini, Charyl menyatakan beliau sedia untuk kembali memperkuatkan skuad kebangsaan Thailand sekiranya diberi peluang oleh ketua jurulatih, Akira Nishino.

“Selagi pasukan memberi peluang kepada saya, saya sentiasa bersedia untuk kembali beraksi,” kata Charyl Chappuis.

Charyl Chappuis
Sumber Gambar: Zimbio.com

Pernah memenangi temasya Piala Dunia B-17 tahun bersama Switzerland B-17 tahun pada 2009 lalu, Charyl mula beraksi di saingan Thai League 1 setelah empat musim beraksi di Eropah.

Prestasi cemerlang bersama Buriram United pada musim 2013 dan 2014 nyata menarik minat Kiatisuk untuk memanggil Charyl bagi menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2014.

Charyl sekali lagi tampil dalam saingan Piala AFF Suzuki 2016 namun kelibat beliau selepas itu jarang dilihat kerana masalah kecederaan lutut yang serius.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan