Pemain skuad kebangsaan Thailand, Charyl Chappuis menggesa agar pasukannya segera bangkit dan memberikan cabaran kepada pasukan Asia Tenggara yang lain terutamanya Vietnam dan Malaysia.

Dari tahun 2013 hingga 2017, Thailand sememangnya menjadi kuasa besar di rantau Asean dimana mereka berjaya layak ke pusingan ketiga Piala Dunia selain memenangi kejuaraan Piala AFF sebanyak dua kali dan juga pingat emas Sukan SEA.

Namun Vietnam berjaya memadam rekod tersebut dengan memenangi Piala AFF Suzuki pada 2018 dan pingat emas Sukan SEA 2019 selain mara ke peringkat suku akhir temasya Piala Asia 2019. Charyl berpendapat negara Asean lain kini semakin berkualiti.

Chappuis
Sumber Gambar: AFF

“Inilah bola sepak. Kamu mungkin memikirkan kami pernah menjadi yang terbaik sebelum ini. Saya masih ingat ketika Piala AFF 2016. Saya bukan mahu bertindak tidak menghormati yang lain tetapi agak senang untuk memenangi kejuaraan tersebut.

“Kami melangkah masuk ke padang dan hanya memikirkan tentang kemenangan. Kini Vietnam berada di puncak, Indonesia mengikuti rapat manakala Malaysia dan Singapura kini dibarisi oleh pemain baharu. Begitulah bola sepak,” kata Charyl Chappuis.

Chappuis
Sumber Gambar: AsiaOne

Setelah tidak tampil bersama Thailand pada dua tahun terakhir, Charyl berazam untuk menampilkan aksi terbaik bersama Port FC dalam saingan Thai League 1. Pemain yang pernah memenangi Piala Dunia B-17 Tahun bersama Switzerland itu menganggap kejayaan memenangi Piala AFF pada 2014 sebagai detik terbaik dalam kariernya.

“Ia mengubah hidup saya. Saya rasa ketika pasukan dibimbing Kiatisuk Senamuang berjaya mengubah bola sepak Thailand. Saya bagaikan tidak percaya sekembali dari Malaysia. Ramai peminat yang menunggu di lapangan terbang dan juga di tengah bandar,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai Charyl Chappuis dan pemain Thailand di sini:

Charyl Chappuis Mahu Kembali Barisi Pasukan Kebangsaan Thailand

Thailand Mahu Dapatkan Khidmat Thanawat Suengchitthawon Bagi Sertai Skuad B-23 Tahun

Pemain Asia Tenggara Yang Mampu Menyinar Dalam Saingan J. League