Menjelang kejohanan AFC B-23 Tahun yang akan berlangsung di Thailand pada 8 hingga 26 Januari, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat sedikit perubahan dari segi venue perlawanan apabila memilih Chang Arena bagi menggantikan Stadium Chiangmai sebagai salah satu venue rasmi kejohanan.

Keputusan tersebut dibuat setelah AFC mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dan Kementrian Sukan Thailand (SAT) pada selasa lalu. Chang Arena dipilih bagi menggantikan Stadium Chinagmai yang ketika ini sedang diperbaiki dan dijangka tidak akan siap apabila saingan membuka tirai.

Chang Arena
Sumber Gambar: Sports247

Ketua pertandingan Piala Asia, Yoo Jin-Ho berkata: “Kami telah melakukan pemeriksaan di Chang Arena dan berpendapat stadium tersebut bersedia untuk digunakan pada hari kejohanan. Jadi kami boleh sahkan stadium di Buriram akan menggantikan Stadium Chiangmai,” katanya menurut laporan Bangkok Post.

Tiga lagi venue yang telah dipilih ialah Stadium Nasional Rajamangala, Stadium Thammasat yang digunakan oleh Bangkok United dan Police United FC serta Stadium Tinsulanon yang terletak di Songkhla.

Pada saingan AFC B-23 edisi 2018, Uzbekistan muncul juara selepas menewaskan pasukan dari rantau Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 2-1.

Baca mengenai perkembangan saingan AFC B-23 Tahun di sini:

Pot Rasmi Bagi Undian Saingan AFC B-23 2020