Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin menyatakan beliau bersedia untuk beraksi di Eropah sekiranya mendapatkan peluang.

Menurut Chanathip, setakat ini tiada kelab dari rantau itu yang menyatakan minat ataupun menghantar tawaran kepada Consadole Sapporo.

Oleh itu, beliau memberikan sepenuh perhatian bagi membantu Consadole memenangi kejuaraan dalam saingan J. League terlebih dahulu.

Eropah
Chanathip Songkrasin. Sumber Gambar: Getty Images

“Jika diberi peluang, saya mahu beraksi di Eropah. Akan tetapi setakat ini tiada tawaran yang diberikan. Saya juga tidak memikirkan terlalu dalam mengenai perkara ini.

“Saya mahu meningkat langkah demi langkah supaya pihak luar boleh menilai. Saya mahu memenangi kejuaraan di Jepun terlebih dahulu,” kata Chanathip.

Sebelum ini, beberapa kelab dari Sepanyol dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Chanathip. Tetapi tiada tawaran rasmi yang diberikan kepada Consadole.

Eropah
Sumber Gambar: Goal.com

Sejak beraksi di Jepun, Chanathip menjadi pemain yang lebih baik dimana beliau membantu Thailand mara ke temasya Piala Asia 2019.

Selain itu, pemain berusia 27 tahun itu turut tersenatai dalam kesebelasan terbaik saingan J1 musim lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Thailand dalam saingan J. League di sini:

Theerathon Bunmathan: Thailand Berkembang Kerana Dibarisi Pemain Yang Beraksi Di Luar Negara

Chanathip Songkrasin Lelong Kasut Bola ‘Match Worn’ Yang Direka Khas, Bidaan Terkini Cecah RM10,235 Berbaki 4 Hari Lagi

Chanathip Songkrasin Gesa Pemain Muda Segera Beraksi Di Luar Negara