Sejak beraksi dalam saingan J.League selepas berpindah dari SCG Muangthong United, nama Chanathip Songkrasin semakin harum di Jepun bukan sahaja dari segi komersil tetapi juga prestasi diatas padang.

Beberapa hari lalu, dalam perlawanan ke-2 J1 League, aksi padu Chanathip Songkrasin telah berjaya membantu pasukan itu menumpaskan Jubilo Iwata dimana Chanathip berjaya melakukan 2 assist kepada Musashi Suzuki untuk menjaringkan gol.

Saksikan bola sedap dari Chanathip Songkrasin dalam video dibawah.

Dengan aksi yang konsisten yang dipamerkan setiap musim, Chanathip Songkrasin semakin berjaya menepis stigma ramai peminat bola sepak yang melihat beliau tidak lebih dari objek pemasaran sahaja.

Kini, Hokkaido Consadole Sapporo juga meraih laba besar hasil dari membawa masuk Chanathip bukan sahaja dari segi komersil serta penajaan, malah aksi beliau diatas padang memungkin kelab itu mencabar tempat ke kejohanan AFC Champions League.

Kemasukan beberapa pemain Thailand lain seperti Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan juga membuktikan bahawa pintu untuk pemain dari Thailand terutamanya sudah terbuka luas ‘gara-gara’ Chanathip.

Apa yang lebih menarik, hampir semua pemain tersebut berjaya beraksi dengan baik seterusnya mereka ini telah menaikkan reputasi pemain ASEAN di Jepun dan tidak mustahil lebih ramai lagi pemain dari negara lain akan turut serta dalam masa terdekat.

Senang kata, puak-puak inilah yang set benchmark pemain ASEAN di J.League, jadi banyak kelab akan mencari pemain dari ASEAN dengan expectation seperti mereka ini samada dari sudut komersil serta prestasi dalam padang dan bukan sekadar CSR.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

“Hadi Fayyadh Adalah Salah Satu Aktiviti CSR Kami Di Malaysia Dalam Industri Bola Sepak”

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini