Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin termasuk dalam senarai pemain yang mempunyai tahap Skills 5 bintang dalam permainan FIFA 21.

Baru-baru ini, pengeluar permainan tersebut, EA Sports telah menyenaraikan seramai 54 pemain yang mempunyai tahap Skillers dengan rating tertinggi dalam FIFA 21.

Nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Kylian Mbappe, Jadon Sancho dan Paul Pogba antara pemain berkelas dunia yang diberikan rating skill tinggi oleh EA dalam edisi permainan kali ini.

Pemain dengan tahap skill tinggi sering menjadi pilihan pengguna dimana mereka boleh melakukan beberapa trick seperti sombrero flick, triple elastico, advanced rainbow dan tornado spin

Chanathip Songkrasin menjadi salah satu pemain yang beraksi di rantau Asia yang termasuk dalam senarai pemain dengan tahap skill lima bintang.

Pemain lain yang turut tersenarai ialah pemain sayap Shangai Shensua, Stephan El Saarawy. Anda boleh lihat senarai penuh di sini.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip Songkrasin Kini Berada Dikedudukan Teratas Ranking ‘Goal Assist’ Saingan J1 League 2020

Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan

Chanathip Percaya Akira Nishino Mampu Bawa Thailand Rampas Takhta “Raja” Asia Tenggara

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group