Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin dilaporkan sudah bersetuju untuk meninggalkan Hokkaido Consadole Sapporo bagi menyertai juara J1 League, Kawasaki Frontale.

Beberapa laporan oleh media-media sukan dan portal tersohor Jepun mula mendedahkan perkara ini sejak lewat malam semalam, dan menyatakan kedua-dua buah kelab sudah pun bersetuju mengenai perpindahan Chanathip Songkrasin.

Melalui beberapa maklumat lain juga, perpindahan Chanathip Songkrasin ini juga melibatkan jumlah yuran perpindahan domestik yang tinggi dan berkemungkinan paling tinggi dalam sejarah J.League.

chanathip songkrasin kawasaki frontale

Ketika menamatkan musim 2021, kontrak Chanathip Songkrasin bersama Hokkaido Consadole Sapporo masih berbaki 4 tahun sehingga tamat musim 2025, namun Kawasaki Frontale yang telah melepas beberapa pemain utama mereka ke kelab eropah seperti Kaoru Mitoma (Brighton & Hove Albion, pinjaman ke Union SG), Reo Hatate (Celtic) serta perpindahan domestik memerlukan seorang pemain tengah yang mampu mengisi kekosongan tersebut.

Selepas 4.5 musim di Sapporo, Chanathip Songkrasin yang lebih dikenali sebagai Jay akan berpangkalan di Kawasaki dan kembali beraksi dalam saingan AFC Champions League 2022 selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2016 bersama Muangthong United.

Perpindahan ini juga dijangka bukan sahaja akan melibat industri bola sepak Jepun dan Thailand, tetapi impak dari Chanathip Songkrasin menyertai kelab berhampiran Tokyo ini akan mempengaruhi banyak industri pelbagai sektor diantara kedua-dua buah negara.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Chanathip Songkrasin yang mahukan lebih ramai pemain-pemain dari Asia Tenggara berhijrah ke luar negara.

Sehingga kini, semua pihak terutamanya di Jepun dan Thailand masih menanti pengumuman rasmi perpindahan ini yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Media Terkenal Thailand Dedahkan Kiatisuk Senamuang Salah Seorang Calon Ketua Jurulatih Malaysia

Pengurus Thailand Sewa ‘Private Jet’ Bawa Pulang Semua Pemain Dari Singapura Dengan Lebih Selamat

Sepakan Percuma ‘Enjinkaiten Jutsu’ Dari Pasukan Sekolah Tinggi Jepun Ini Tular Di Seluruh Dunia