Pemain tengah tersohor Thailand, Chanathip Songkrasin dalam satu kenyataan kepada pihak media Jepun mengesahkan bahawa beliau akan kekal beraksi bersama pasukan Hokkaido Consadole Sapporo musim 2020.

Kenyataan Chanathip Songkrasin itu juga disokong kuat oleh GM kelab, yang memberitahu bahawa pemain itu akan kekal menjadi tunjang utama bahagian serangan pasukan berpangkalan di Sapporo itu.

Musim 2020 nanti, Chanathip Songkrasin yang bakal beraksi dalam saingan JLeague untuk musim ke 4 berturut-turut selepas dipinjamkan dari SCG Muangthong United pada asalnya sekitar musim panas 2017.

Mengikut statistik semasa musim 2019, Chanathip Songkrasin telah tampil dalam 27 perlawanan liga, merekodkan 2,373 minit masa bermain dan menjaringkan 4 gol.

2be04a858f45412c8f6d1d722a5dddf3

Jika dilihat secara keseluruhannya, Chanathip Songkrasin telah berjaya melakukan 73 penampilan, merekodkan 6,313 minit masa bermain dan menjaringkan 12 gol dalam perlawanan liga sejak Julai 2017.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pemain Thailand yang beraksi dengan pasukan Yokohama F Marinos bakal muncul sebagai pemain pertama dari negara itu menjulang kejuaraan J1 League Sabtu ini jika berjaya mengelak kekalahan dengan margin 3 gol kepada pencabar utama FC Tokyo.

Sekiranya Yokohama F Marinos tumpas dengan margin 4 gol, FC Tokyo akan menjadi juara J1 League dengan kiraan perbezaan gol.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

Doktor Consadole Sapporo Dedahkan Kecederaan Chanathip Songkrasin Berpunca Dari Kurang Berehat

Kisah FC Imabari Dari Sebuah ‘Feeder Club’ Ehime FC, Kini Bakal Beraksi Dalam Liga Profesional J3 League 2020