Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menerima tawaran daripada kelab Eropah.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan beberapa kelab di Eropah telah menghantar tawaran kepada Consadole bagi mendapatkan khidmat Chanathip.

Namun, pemain berusia 27 tahun itu menafikan laporan tersebut sambil menyatakan sehingga saat ini beliau belum menerima sebarang tawaran.

Songkrasin
Sumber Gambar: Getty Images

“Berita itu hanyalah khabar angin. Setakat ini, tiada kelab Eropah yang menghubungi saya ataupun memberikan tawaran bagi mendapatkan khidmat saya.

“Saya mahu terus beraksi bersama Consadole dan tidak merancang untuk mencari pasukan lain dalam masa terdekat,” kata Chanathip Songkrasin.

Saingan J. League yang dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) nyata memberi kesan mendalam terhadap kantung kewangan Consadole.

Consadole mengalami kerugian sebanyak ¥140 Juta atau RM5.6 Juta apabila saingan liga tidak berlangsung dan perkara ini menimbulkan dakwaan mereka merancang mahu menjual aset pasukan, termasuk Chanathip Songkrasin.

Songkrasin
Sumber Gambar: PFAM

Nilai pasaran semasa Chanathip ialah sebesar RM8.9 Juta menurut data yang diambil daripada laman Transfermrkt.

Jika Consadole berjaya menjual Chanathip, maka beban kewangan yang sedang dihadapi oleh kelab tersebut dapat diselesaikan.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Consadole Sapporo Sedia Jual Chanathip Songkrasin Bagi Ringankan Beban Kewangan

Chanathip Dan Theerathon Tersenarai Dalam Kesebelasan Pemain Import Terbaik Di Saingan J. League