Mastercard, sebuah syarikat peneraju dalam teknologi dan pembayaran global serta penaja kepada acara sukan terkemuka dunia telah mengumumkan kerjasama dengan bintang bola sepak Thailand, Chanathip Songkrasin yang menjadikan beliau sebagai rakyat Thailand pertama dilantik sebagai duta jenama Mastercard.

Chanathip yang lebih mesra dengan nama ‘Messi Jay’ di Thailand, akan memulakan penglibatan rasmi beliau sebagai duta Mastercard melalui sebuah kempen global syarikat itu, ‘Red Ball’.

Kempen ‘Red Ball’ itu bakal memberikan fokus terhadap Mastercard sebagai peneraju industri ‘Tap & Go’, satu sistem pembayaran contactless yang menekankan kepantasan, keselesaan serta keselamatan pembayaran untuk pelanggan serta peniaga.

800_1346143d9201283

Selain itu, kempen ‘Red Ball’ ini dilakukan dalam platform digital dan TV yang menampilkan duta global Mastercard lain seperti Lionel Messi, Neymar Jr, Dan Carter, Bryan Habana, Annika Sorenstam, Ana Ivanovic dan Valeri Kamensky.

Dengan pengaruh yang ada pada Chanathip Songkrasin, sehingga kini dianggarkan telah mengikat kontrak sekurang-kurangnya dengan 6 buah syarikat dan telah melantik beliau sebagai duta seperti Mizuno, Toho Resort, Akagi dan pelbagai lagi jenama antarabangsa lain.

Di Hokkaido, pihak pelancongan disana meraih laba besar dengan kehadiran Chanathip Songkrasin selepas menerima kehadiran besar pelancong Thailand dan perkara ini juga telah membuka pelbagai lagi ruang serta peluang bagi syarikat dari kedua-dua buah negara untuk bekerjasama lebih erat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Saksikan Video Iklan Mastercard Gandingan Messi, Neymar Dan Chanathip Songkrasin

Chanathip Songkrasin Laku Keras, Terkini Dilantik Sebagai Duta Resort Pelancongan Tersohor Hokkaido

Strategi Ampuh 3 Syarikat Jepun Ini Menggunakan Bola Sepak Sebagai Pemangkin Perniagaan Mereka

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group