Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin memohon maaf setelah beliau gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti sekaligus terlepas peluang untuk mencipta hatrik pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2020 menentang Vietnam semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura, Chanathip terlebih dahulu menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-14 dan 23.

Pada minit ke-85, Thailand dihadiahkan sepakan penalti dan ketua pasukan Thailand itu diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan tersebut. Akan tetapi, penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh berjaya membaca sepakan penalti Chanathip sekaligus menyelamatkan pintu gawangnya daripada dibolosi untuk kali ketika.

Pemain Hokkaido Consadole Sapporo itu sempat berkongsi dimana ketua pasukan Vietnam, Que Ngoc Hai sempat merayu kepadanya agar tidak menjaringkan gol ketiga peribadinya pada aksi semalam.

“Dia (Ngoc Hai) berkata kepada saya agar tidak menjaringkan gol. Saya meminta maaf kepada rakan sepasukan kerana gagal mencipta hatrik.

“Namun perkara seperti ini biasa berlaku dalam perlawanan bola sepak. Hap ini tidak akan memberi kesan terhadap tahap keyakinan kami menuju aksi separuh akhir kedua,” kata Chanathip Songkrasin.

Bagi ketua jurulatih Thailand iaitu Alexandre Polking, meskipun memiliki kelebihan dua gol namun itu masih belum cukup dan beliau mahu anak buahnya menampilkan aksi yang lebih baik pada aksi separuh akhir kedua 26 Disember ini.

“Kami memiliki kelebihan kecil dengan dua gol ini. Ini adalah langkah pertama yang sangat penting namun semuanya belum selesai. Kami tahu kami perlu menyesuaikan diri dengan beberapa hal dan kami mampu untuk menampilkan aksi yang lebih baik. Tetapi meraih hasil adalah lebih penting. Sekarang pemain perlu berehat dan menjalani pemulihan,” kata Alexandre Polking.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Alexandre Polking: Tugas Kami Belum Selesai

Tak Puas Hati Dengan Mutu Pengadilan, Park Hang-seo Mahu AFF Pasang VAR

Piala AFF 2020: Kelibat Chanathip Songkrasin Leburkan Rekod Hebat Vietnam

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group