Nama pemain Thailand yang kini bersama kelab Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin bukan sahaja menjadi buah mulut para penyokong bola sepak J.League tetapi pengaruh yang dibawa oleh beliau lebih dari itu.

Jika sebelum ini Chanathip Songkrasin dilantik menjadi duta jenama sukan Mizuno serta pelbagai lagi jenama produk tempatan di Thailand, kini beliau sekali lagi dipilih untuk menjadi duta kepada sebuah resort pelancongan terkenal di Hokkaido iaitu Toho Resort.

Menurut laman web rasmi kelab itu, pihak Toho Resort percaya dengan impak prestasi baik yang dipamerkan oleh Chanathip Songkrasin serta tahap pengaruh beliau di Thailand mampu untuk mempromosikan Hokkaido terutamaya kepada pelancong dari Thailand serta Asia Tenggara umumnya.

Laman web Toho Resort juga boleh di akses oleh para pelawat menggunakan 3 bahasa iaitu bahasa Jepun, Thailand dan Inggeris untuk kemudahan para pelawat melihat apa yang ditawarkan oleh Toho Resort.

Aura Chanathip Songkrasin Bantu Jualan Kasut Mizuno Di Thailand Meningkat 70%!

Menurut artikel yang dikeluarkan, sambutan peminat bola sepak Thailand terhadap saingan JLeague meningkat dengan mendadak selepas beberapa pemian utama pasukan kebangsaan mereka beraksi disana.

Apabila melihat kepada perkara ini, sebuah jenama sukan tersohor dari Jepun, Mizuno, mengambil langkah awal dengan mengikat penjanjian penajaan bersama Chanathip Songkrasin.

DusenDIUwAAPN4s

Walaupun jika dibandingkan dengan beberapa jenama sukan lain seperti Adidas dan Nike, kedudukan Mizuno boleh dikatakan agak jauh popularitinya namun dengan aura yang dimiliki oleh Chanathip Songkrasin, dalam tempoh setahun yang lalu Mizuno berjalan mencatat peningkatan jualan kasut bola mereka sebanyak 70%!

Syarikat Akagi Nugyo Sasar Jual 69,000,000 Batang Aiskrim Di Thailand!

Sebuah lagi syarikat Jepun yang turut sama mengambil peluang seperti Mizuno adalah Akagi Nugyo, sebuah syarikat yang menghasilkan aiskrim yang berpangkalan di Saitama.

Akagi Nugyo, telah melebarkan sayap mereka ke Thailand 3 tahun yang lepas dan tiada siapa yang tahu mengenai aiskrim mereka pada ketika itu. Melihat kepada apa yang dimiliki oleh Chanathip Songkrasin, mereka mengusulkan penajaan bersama pemain itu dan menggunakan imej Chanathip Songkrasin untuk mempromosikan produk mereka diseluruh Thailand.

feature_005_05

Perkara itu berjaya menarik minat generasi muda dan juga peminat bola sepak Thailand untuk mengambil gambar bersama (panel imej) dan memuat naik ke laman sosial seterusnya berjaya meluaskan lagi ‘exposure’ Akagi Nugyo di Thailand.

Hasil dari impak yang diterima, syarikat itu telah meletakkan sasaran untuk menjual 69,000,000 batang aiskrim dalam tempoh terdekat dengan ‘bantuan’ Chanathip Songkrasin.

Begitulah impak yang diterima oleh seorang pemain bola sepak dari Asia Tenggara terutamanya apabila berjaya mempamerkan aksi bermutu tinggi di Jepun khasnya, kerana banyak syarikat negara matahari terbit sedang menunggu untuk ‘masuk’.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Strategi Ampuh 3 Syarikat Jepun Ini Menggunakan Bola Sepak Sebagai Pemangkin Perniagaan Mereka

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group