Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin yang beraksi untuk kelab Hokkaido Consadole Sapporo kini semakin membuktikan kehebatannya dalam saingan J1 League apabila muncul sebagai pendahulu dalam senarai ‘goal assist’ liga tersebut.

Selepas 11 perlawanan diharungi, Chanathip Songkrasin telah berjaya menghasilkan 5 bantuan gol kepada rakan sepasukannya setakat ini.

Berdasarkan rekod rasmi J1 League, Chanathip Songkrasin telah turun membuat penampilan sebanyak 11 kali mengumpulkan 887 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol. Beliau sememangnya pemain penting dalam skuad Hokkaido Consadole Sapporo dan buktinya adalah Chanathip Songkrasin tersenarai dalam kesebelasan utama bagi semua perlawanan musim ini.

100995663_2964253043628441_1367613210198278144_o

Dengan memiliki pemain yang mampu beraksi secara konsisten dan memberikan impak didalam padang, ia berjaya memberikan impak besar kepada liga itu sendiri seperti penjualan hak penyiaran J.League ke luar negara sebagai contoh.

Menurut laporan dari Nikkei Asia, nilai hak penyiaran J.League telah meningkat sebanyak 5 kali ganda secara keseluruhannya dimana 5% darinya adalah hasil penjualan ke negara luar.

Kini, J.League sedang merangka strategi lebih ampuh untuk mencapai sasaran 10% dari penjualan hak penyiaran liga mereka untuk tahun akan datang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?

Wanita Ini Pertahankan Hujah ‘EPL Bermula Pada 2016’ Dengan Penuh Keyakinan Jadi Perhatian Netizen

“Jika Proses Penswastaan Pasukan Liga Malaysia Gagal Dilaksanakan, Perlesenan FAM Tidak Diiktiraf Oleh AFC.” – Dato’ Windsor John

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group