Pemain lincah Thailand, Chanathip Songkrasin kembali mengalami kecederaan ketika perlawanan J. League antara Hokkaido Consadole Sapporo menentang FC Tokyo semalam.

Chanathip hanya sempat beraksi selama 33 minit sebelum digantikan, yang menyaksikan Consadole tewas dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Kensuke Nagai pada minit ke-21.

Chanathip baru sahaja pulih daripada kecederaan otot yang dialami ketika Consadole berdepan Sagan Tosu pada 16 September lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu diletakkan di bangku simpanan pada dua perlawanan sebelum bertemu Tokyo dan pengendali pasukan, Mihailo Petrović memutuskan untuk meletakkan Chanathip dalam kesebelasan utama dalam perlawanan semalam.

Kecederaan

Sumber Gambar: Facebook Chanathip Songkrasin

Kekalahan kepada FC Tokyo menyebabkan Consadole kekal berada di tangga ke-13, 10 mata di hadapan zon penyingkiran.

Pada perlawanan J. League yang seterusnya, Consadole akan turun menentang Sagan Tosu di laman sendiri Sabtu ini.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip Songkrasin Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan Consadole Sapporo

Portal Sukan Thailand Dedahkan Ejen Chanathip Songkrasin Hantar ‘Profile’ Ke Elche CF Dalam Saingan La Liga

Chanathip Songkrasin Termasuk Dalam Senarai Pemain Dengan “Skills” 5 Bintang Dalam FIFA 21

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group