Chanathip Songkrasin menjadi pemain pertama dari Thailand yang berjaya meraih 100 penampilan dalam saingan divisyen pertama liga bola sepak Jepun.

Chanathip meraih penampilan ke-100 beliau pada perlawanan J1 menentang Vegalta Sendai dimana beliau menyumbang satu assist sekaligus membantu Hokkaido Consadole Sapporo memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Saingan musim 2021 merupakan musim kelima Chanathip bersama Consadole dimana pertama kali beliau menyarung jersi kelab tersebut ialah pada pertengahan musim 2017 dimana beliau hadir sebagai pemain pinjaman dari Muangthong United.

Musim berikutnya, Consadole memutuskan untuk menandatangani Chanathip secara tetap setelah menampilkan prestasi memberangsangkan dalam saingan J1.

Chanathip Songkrasij turut meraih beberapa pencapaian bersama kelab yang berpangkalan di bandar Sapporo itu seperti Pemain Terbaik Kelab bagi musim 2018, berada dalam kesebelasan utama terbaik bagi musim 2018 selain dilantik sebagai ketua pasukan pada beberapa perlawanan dalam saingan musim 2020.

Songkrasin
Sumber Gambar: Facebook Chanathip Songkrasin

Ketika ini, Consadole menduduki tangga ke-14 dalam carta liga dengan perolehan 11 mata selepas menghadapi 10 perlawanan.

Pada perlawanan seterusnya Consadole akan turun berdepan Shonan Bellmare di laman lawan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

UiTM Beri Peluang Kedua Kepada Frank Bernhardt Kendalikan Pasukan

Nasir Basharudin: Disiplin Tinggi, Kurang Kesilapan Jadi Kunci Kemenangan Terengganu

Wartawan Thailand Dedah Adisak Kraisorn Terima Tawaran Dari JDT