Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin menjadi pemain termahal dalam skuad Consadole Sapporo yang beraksi dalam saingan J1 League musim ini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh laman Transfermrkt, Chanathip mempunyai nilai sebesar €2.4 Juta atau RM11.3 Juta, lebih tinggi berbanding rakan sepasukan yang lain.

Songkrasin
Sumber Gambar: Getty Images

Nilai pasaran semasa Chanathip ini sekaligus meletakkan beliau di kedudukan ke-9 dalam senarai 10 pemain termahal dalam saingan J. League musim 2020.

Sejak beraksi bersama Consadole, nilai pasaran pemain berusia 27 tahun ini mula meningkat naik. Ketika kali pertama menyertai Consadole daripada Muangthong United, Chanathip hanya bernilai RM3.2 Juta.

Songkrasin
Sumber Gambar: Changsuek

Setelah menampilkan prestasi terbaik bersama Consadole, pemenang Piala AFF Suzuki edisi 2014 itu meletakkan sasaran untuk beraksi di Eropah sekaligus mengikut jejak langkah Kawin Thamsatchanan dan Teerasil Dangda yang sebelumnya beraksi di rantau tersebut.

Saingan J. League dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda negara itu.

Mengikut perancangan, jika penularan wabak COVID-19 boleh dikawal ataupun dihapuskan, saingan J. League akan kembali bersambung pada 9 Mei hadapan.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Komik “One Piece” Bantu Chanathip Songkrasin Kuasai Bahasa Jepun

Tonton Chanathip Songkrasin Sahut Cabaran ‘Timbang Tisu Challenge’ Rakan Sepasukan, 24 Kali Baru Jatuh

Kelab La Liga Berminat Ambil Khidmat Chanathip Songkrasin