Semalam kelab Hokkaido Consadole Sapporo telah mengumumkan pembukaan tempahan jersi baharu musim 2021 untuk ‘2nd batch order‘ selepas batch pertama telah ditutup pada 17 Januari 2021 yang lalu.

Untuk jualan batch pertama, Consadole Sapporo hanya membuka jualan bermula dari 16 Januari 2021 jam 5 petang dan tamat pada 17 Januari 2021 pada jam 11.30 malam, ini bermakna mereka hanya membuka tempahan selama 30.5 jam sahaja.

Dalam tempoh tersebut, jersi dengan nameset Chanathip Songkrasin berada dikedudukan ke-5 jualan paling laris!

Namun, ia sebenarnya sedikit menurun kerana sebelum ini jersi dengan nameset Chanathip biasanya berada dikedudukan ke-2 dalam senarai jualan paling laku, tetapi perlu diingatkan juga bahawa ini hanya berdasarkan tempahan untuk 1st batch order sahaja.

Er1Kqu2VcAAxR9L

Setakat ini Consadole Sapporo dilihat telah membuka tempahan 2nd batch order mula 18 Januari sehingga 31 Januari 2021.

Untuk makluman, jersi Consadole Sapporo dengan jenama Mizuno ini dijual pada harga JPY13,750 sehelai atau RM536 dan jika mahu mendapatkan nameset pemain tambahan sebanyak JPY4,620 atau RM180!

Sebagai rujukan, pada musim 2019 Consadole Sapporo telah berjaya memperolehi jualan barangan rasmi kelab atau merchandise sebanyak JPY239 juta atau sekitar RM10 juta dan boleh dikatakan jualan ini sebahagian besarnya adalah dari jersi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021

Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional

Pendapatan Kelab J1 League Bernilai RM3.48 Bilion, Hasil Merchandise Hanya Menyumbang 8.81% Sahaja

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group