Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin dianggap memberi impak besar kepada saingan J. League yang menyaksikan mereka menjadi salah satu liga terbaik di rantau Asia.

Menurut laporan Goal Thailand, pihak J. League menganggap Consadole sebagai pakai strategik terbaik di Asia, salah satu faktor ialah dengan Chanathip beraksi bersama pasukan itu.

Songkrasin
Sumber Gambar: K League United

Dalam satu temu bual, rakan perniagaan J. League iaitu Sportiva Media menegaskan Chanathip banyak membantu Consadole dimana beliau menjadi nadi utama selain menarik lebih banyak peminat.

Bilangan peminat dari Thailand meningkat sebanyak 49 peratus dan jumlah tontonan perlawanan yang melibatkan Consadole di kaca televisyen turut meningkat.

Selain itu, pemain berusia 27 tahun itu turut berjaya menarik minat pelabur, sekaligus memberi impak besar terhadap imej J. League di rantau ini.

Songkrasin
Chanathip Songkrasin

Chanathip Songkrasin menyertai Consadole secara pinjaman pada 2017 lalu. Setelah menjaringkan 8 gol dalam 48 perlawanan, pihak kelab memutuskan untuk menandatangani Chanathip secara tetap.

Musim lalu, “Messi Jay” tersenarai dalam kesebelasan terbaik J. League dan beliau turut berada dalam senarai 10 pemain import terbaik dalam saingan tersebut.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam 10 Pemain Termahal J. League Musim 2020

Faktor Utama Chanathip Songkrasin Sukar Beraksi Bersama Leicester City

Chanathip Tegaskan Mahu Raih Kejuaraan Di Jepun Sebelum Beraksi Di Eropah