Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin mengalami kecederaan otot sekaligus mengetepikan beliau daripada beraksi bersama Consadole Sapporo selama seminggu.

Perkara ini menyebabkan Chanathip tidak terlibat dalam dua perlawanan terakhir J. League yang menyaksikan Consadole tewas kepasa Gamba Osaka dan Kashiwa Reysol, masing-masing dengan keputusan 1-0.

Songkrasin
Sumber Gambar: K League United

Pemain berusia 27 tahun ini menjadi nadi utama pasukan apabila beliau sentiasa menjadi pilihan ketua jurulatih, Mihailo Petrović untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Setakat ini, Chanathip telah menyumbang lima assist dan menjaringkan satu gol bersama kelab yang disertainya sejak 2017 lalu. Beliau juga pernah diangkat sebagai ketua pasukan ketika perlawanan menentang Vissel Kobe.

Setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut, Consadole kini menghuni tangga ke-13 dengan kutipan 17 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.

Pada perlawanan hujung minggu ini, Consadole Sapporo akan bertandang ke tempat lawan bagi menghadapi kelab yang diketuai oleh Andres Iniesta iaitu Vissel Kobe.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip Songkrasin Termasuk Dalam Senarai Pemain Dengan “Skills” 5 Bintang Dalam FIFA 21

Chanathip Songkrasin Kini Berada Dikedudukan Teratas Ranking ‘Goal Assist’ Saingan J1 League 2020

Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan