Bintang Thailand yang kini beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo dalam saingan J1 League kini telah mencatat minit permainan selepas didaftarkan bersama pasukan pada 8 Julai 2017.

Ketika itu, beliau masih berstatus pemain yang dipinjam dari SCG Muangthong United selama 18 bulan.

Dalam tempoh 2 tahun terkini sejak menyertai pasukan di Sapporo itu, data rasmi JLeague menunjukkan bahawa Chanathip Songkrasin sudah berjaya menempatkan dirinya sebagai ‘regular‘ dalam skuad kendalian Mihailo Petrović itu.

chanthip songkrasin

Chanathip Songkrasin dilantik sebagai duta jenama Mizuno Thailand.

Dari keseluruhan 65 penampilan beliau bersama kelab itu, statistik menunjukkan 64 daripadanya adalah sebagai pemain dalam senarai kesebelasan utama liga J1 League. Ini bermakna 98.5% kebarangkalian untuk Chanathip Songkrasin berada dalam kesebelasan utama perlawanan sekiranya tersenarai dalam skuad 18 pemain!

Hanya sekali beliau masuk sebagai pemain simpanan pada perlawanan ke-29 J1 League 2017 ketika Hokkaido Consadole Sapporo bertemu Kashiwa Reysol, 14 Oktober 2017.

Berikut adalah data statistik ringkas mengenai penampilan Chanathip Songkrasin dalam saingan J1 League sejak menyertai liga itu pada pertengahan tahun 2017.

Musim 2017

00031215

Penampilan: 16 kali
Minit permainan: 1,301 minit
Jaringan gol: 0
Kesebelasan utama: 15 kali
Kad kuning: 1
Kad merah: 0

Musim 2018

55278_ext_04_0

Penampilan: 30 kali
Minit permainan: 2,639 minit
Jaringan gol: 8 gol
Kesebelasan utama: 30 kali
Kad kuning: 5
Kad merah: 0

Musim 2019

AS20180318001764_comm

Penampilan: 19 kali (sehingga perlawanan ke-24)
Minit permainan: 1,688
Jaringan gol: 4 gol
Kesebelasan utama: 19
Kad kuning: 1
Kad merah: 0

Ketika ini, Hokkaido Consadole Sapporo berada di tangga ke-6 J1 League dengan 36 mata, hanya 3 mata dipisahkan dengan pasukan di tempat ke-3 bagi merebut tempat ke saingan AFC Champions League musim 2020.

Akira Nishino Dedah 3 Tonggak Utama Pilihan Untuk Skuad Kebangsaan Thailand

Voli Padu Chanathip Songkrasin Bantu Hokkaido Consadole Sapporo Seri Bertemu Cerezo Osaka

Chanathip Songkrasin Terima Kontrak Penuh Bersama Hokkaido Consadole Sapporo

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group