Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin mempunyai sasaran untuk beraksi di Eropah sekaligus membuka jalan kepada pemain muda skuad Gajah Perang itu bagi beraksi di luar negara.

Sebelum ini, Chanathip dikhabarkan menarik minat beberapa kelab di Eropah namun pemain Consadole Sapporo itu menyatakan beliau mahu memenangi kejuaraan di saingan J. League terlebih dahulu sebelum beraksi di pentas yang lebih besar.

Messi Jay berkata berkarier di Eropah sememangnya menjadi keutamaan dan beliau juga mahu membantu pemain muda Thailand untuk menyambut cabaran dan beraksi di luar negara.

Eropah

Bahrain v Thailand during their AFC Asian Cup UAE 2019 group A match at Al Maktoum stadium on 10 January 2019, in Dubai, UAE. Photo by Stringer / Lagardere Sports

“Sebagai pemain profesional, saya mahu mengambil cabaran dengan beraksi di peringkat tertinggi. Akan tetapi, proses untuk sampai ke tahap itu adalah penting.

“Jika saya beraksi bersama kelab di Eropah, perkara itu secara tidak langsung akan membuka pintu kepada pemain muda Thailand pada masa akan datang. Itu merupakan impian saya juga,” kata Chanathip.

Chanathip yang beraksi di J. League bersama Condasole Sapporo sejak 2017 lalu sememangnya menjadi benchmark kepada pemain Asia Tenggara untuk mencapai tahap tertinggi.

Setakat ini, hanya rakan sepasukan di skuad kebangsaan Thailand sahaja yang mampu mengikut jejak langlah Chanathip. Manakala pemain dari gergasi Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Indonesia dan Vietnam masih jauh ketinggalan.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin yang telah kami sediakan di sini:

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam J.League Team Of The Week, Kukuhkan Reputasi ASEAN Di Jepun

Media Thailand Senaraikan 5 Pengganti Chanathip Songkrasin Bagi Hadapi Piala AFF Suzuki 2020

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam 10 Pemain Termahal J. League Musim 2020

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group