Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin berkongsi perasaanya setelah berdepan dengan Lionel Messi ketika Kawasaki Frontale turun menentang Paris Saint-Germain dalam satu aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Jepun baru-baru ini.

Chanathip yang turut diberi gelaran Messi Thailand menyatakan beliau beberapa kali cuba merampas bola ketika Messi membawa bola namun cubaan beliau sentiasa digagalkan oleh salah seorang pemain terbaik dunia itu.

“Beberapa kali ketika permainan, saya cuba merampas bola daripada Messi namun saya tidak berjaya melakukannya. Saya kemudiannya sedar bahawa ini dalah perbezaan antara kami berdua. Saya termotivasi untuk terus bekerja keras dan meletakkan sasaran yang lebih tinggi,” katanya.

Lionel Messi bersama dua lagi bintang terkemuka dunia seperti Neymar dan Kylian Mbappe turut berada dalam kesebelasan utama dalam tugasan pertama pengurus baru PSG, Christophe Galtier di hadapan 65,000 penyokong di Stadium Nasional Tokyo.

Bagaimanapun, kemenangan PSG tidak hadir dengan begitu mudah kerana mereka dipaksa bekerja keras sebelum Messi membuka akaun jaringan pertama pada minit ke 32.

Messi menjaringkan gol menerusi rembatan dalam kotak penalti pada minit ke-32 sebelum Arnaud Kalimuendo menambah satu gol lagi di separuh masa kedua. Kawasaki yang merupakan juara J-League musim lepas berjaya merapatkan kedudukan apabila memperoleh gol pada minit ke-84 menerusi tandukan Kazuya Yamamura.

PSG akan beraksi dalam dua lagi aksi menentang pasukan Liga J dalam siri jelajah di Jepun apabila menentang Urawa Reds di Saitama Sabtu ini dan berdepan Gamba Osaka di Osaka Isnin depan.

Urawa melihat perlawanan ini sebagai persiapan bagi menghadapi pusingan kalah mati AFC Champions League menentang wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 18 Ogos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Mahu Selaras Dengan Skuad Senior, FAM Bincang Dengan Kim Pan-gon Berhubung Pengganti Maloney

‘Messi Thailand’ Akhirnya Bertemu Messi Yang Sebenar

Pasukan Liga Super Dibenarkan Ambil 9 Pemain Import Mulai Musim Depan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group