Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin mahu melihat lebih ramai pemain muda Thailand beraksi di luar negara bagi meningkatkan kualiti dan kemampuan yang dimiliki.

Dalam satu temu bual, pemain tengah Consadole Sapporo itu menegaskan sekiranya pemain itu beraksi di luar negara, kualiti yang dimiliki serta tahap profesionalisme akan meningkat kerana berada dalam persekitaran yang berbeza dan lebih baik.

“Saya mahu melihat lebih ramai pemain muda Thailand beraksi di luar negara. Saya faham faktor wang dan keselesaan berada di negara sendiri itu memainkan peranan. Namun, sekiranya ada peluang meskipun kecil untuk beraksi di luar, maka ambil peluang tersebut. Skil, tahap profesionalisme dan kehidupan anda bakal berubah,” katanya.

Chanathip sendiri merupakan antara pemain Thailand yang sudah lama beraksi di luar negara disamping rakan sepasukan di skuad kebangsaan seperti Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe, Yokohama F Marinos), Teerasil Dangda (Manchester City, Almeria, Sanfrecce Hiroshima, Shimizu S-Pulse) dan Kawin Thamsatchanan (OH Leuven, Consadole Sapporo).

Pemain berusia 27 tahun itu mula beraksi bersama Consadole Sapporo secara pinjaman pada 2017 sebelum menandatangani kontrak lanjutan sekaligus beraksi bersama kelab Jepun itu secara tetap pada Julai 2018.

Antara pemain muda Thailand yang ketika ini beraksi di luar negara ialah Thanawat Suengchitthawon (Leicester City) dan Sittichok Paso (FC Ryukyu).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Qatar Tewaskan Grenada, Catat Kemenangan Pertama Saingan CONCACAF Gold Cup 2021

Shakir Hamzah Kembali Ke Liga Singapura Sertai Tanjong Pagar United

Bapa Wan Kuzain Tawar Bantuan Tingkatkan Kualiti Pemain Muda Negara

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group