Thailand berdepan kemungkinan untuk kehilangan seorang lagi pemain bintang mereka dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila Chanathip Songkrasin kembali mengalami kecederaan lutut.

Chanathip mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan dan beliau terpaksa berehat selama dua minggu sekaligus terlepas perlawanan kelayakan.

Sebelum menyertai kem latihan pusat, Chanathip sudahpun mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo namun beliau berjaya pulih sebelum terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun, perkara tersebut kembali berulang dan Akira Nishino mungkin tidak dapat menggunakan khidmat antara pemain terbaik Thailand ketika ini bagi meraih tempat dalam pusingan ketiga kelayakan.

Sebelum ini, Thailand kehilangan khidmat penjaga gol berpengalaman, Kawin Thamsatchanan, ketua pasukan, Teerasil Dangda dan pemain pertahanan, Theerathon Bunmathan.

Baki tiga perlawanan kelayakan menyaksikan Thailand akan menghadapi Indonesia, UAE dan Malaysia.

Dalam carta kumpulan G, skuad Gajah Perang ketika ini menduduki tangga ketiga dengan kutipan 8 mata, satu mata dibelakang Malaysia di tangga kedua dan empat mata dibelakang pendahulu iaitu Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Penyerang Prolifik Vietnam Mahu Jaringkan 3 Gol Lawan Malaysia

Shahrel Fikri Terpaksa Lupakan Baki Saingan Musim 2021

RASMI: Juara Kumpulan Tidak Terjejas, FIFA Umum Mekanisme Penentuan Naib Juara Kumpulan