Dua pemain Thailand, Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan tersenarai dalam kesebelasan terbaik versi pemain import yang beraksi dalam saingan J. League pada musim 2019 lalu.

Baru-baru ini, media gergasi iaitu Yahoo Sports versi Jepun telah mengeluarkan senarai pemain import terbaik musim lalu dan nama kedua-dua pemain berada dalam senarai tersebut.

Chanathip
Chanathip dan Theerathon

Theerathon membantu Yokohama F Marinos muncul juara dalam saingan J1 League musim lalu manakala Chanathip pula menjadi salah satu attacking midfielder terbaik yang beraksi bersama Consadole Sapporo.

Selain Chanathip dan Theerathon, turut tersenarai ialah ketua pasukan Vissel Kobe sekaligus bekas pemenang Piala Dunia edisi 2010 iaitu Andres Iniesta.

Bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol dan juga FC Barcelona itu membantu Vissel muncul sebagai juara saingan Emperor’s Cup musim lalu sekaligus layak beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Chanathip
Sumber Gambar: JST

Berikut senarai lengkap kesebelasan utama terbaik versi pemain import yang beraksi dalam saingan J. League musim 2019.

PENJAGA GOL:
Kim Jin-Huan (Cerezo Osaka/Korea Selatan)

PERTAHANAN:
Theerathorn Bunmathan (Yokohama F. Marinos/Thailand), Thomas Fermain (Vissel Kobe/Belgium), Simao (Vegalta Sendai/Mozambique), Elsinho (Shimizu S-Pulse/Brazil)

PEMAIN TENGAH:
Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo/Thailand), Lio Silva (Kashima Antlers/Brazil), Andres Iniesta (Vissel Kobe/Spain), Marcos Junior (Yokohama F. Marinos/Brazil)

PENYERANG:
Edka Junior (Yokohama F. Marinos/Brazil), Diogo Oliva (FC Tokyo/Brazil)

Baca artikel lain mengenai saingan J. League di sini:

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Pemain Thailand Di J. League Kongsi Rutin Harian Ketika Tempoh “Lockdown”

Komik “One Piece” Bantu Chanathip Songkrasin Kuasai Bahasa Jepun