Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin memberi cadangan agar skuad kebangsaan dikendalikan oleh jurulatih tempatan.

Menurut Chanathip atau yang lebih mesra dengan panggilan Messi Jay, ada beberapa sebab mengapa jurulatih tempatan perlu diberi peluang untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

“Kalau anda tanya pendapat saya mengenai pasukan kebangsaan, saya rasa kita perlu menggunakan khidmat jurulatih tempatan bagi mengendalikan pasukan.

Pengendali
Dusit Chalermsan. Sumber Gambar: BG Pathum United

“Ada empat sebab. Yang pertama, jurulatih kita mempunya kualiti dan kemampuan. Seperti contoh Kiatisuk Senamuang yang ketika ini diberi tanggungjawab untuk melatih sebuah kelab di Vietnam.

“Selain itu, kita juga ada beberapa jurulatih lain seperti Dusit Chalermsan yang membantu BG Pathum juara musim lalu. Kita juga ada Totchtawan Sripan dan Rangsan Viwatchaichok (pengendali Police Tero).

“Yang kedua, gaji yang perlu dibayar tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan gaji jurulatih dari luar negara. Yang ketiga, hubungan antara pemain dan jurulatih akan lebih baik kerana sudah memahami antara satu sama lain.

Skuad Kebangsaan
Sumber Gambar: Changsuek

“Yang terakhir, pasukan kebangsaan kita perlu mempunyai gaya permainan kita sendiri. Ini merupakan cadangan saya untuk kita melihat Thailand kembali mempamerkan aksi terbaik,” kata Chanathip.

Ketika ini, Thailand dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih Piala Dunia Jepun, Akira Nishino.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Saingan Thai League 2021/2022 Ditangguhkan Sehingga Tarikh Yang Diberitahu Kelak

Format Baharu Akan Digunakan Dalam Saingan Piala Suzuki AFF 2020

Skuad Harimau Malaya Dikaitkan Dengan Perlawanan Persahabatan Berdepan Palestin Bulan September Nanti