Chief Football Officer (CFO) pasukan Juventus, Fabio Paratici telah berkongsi pandangan beliau tentang Paul Pogba.

Bekas pemain Juventus yang turut dikaitkan dengan kepulangan semula ke Turin.

Paratici seolah oleh memberikan bayangan kepada Pogba bahawa Juventus juga sama seperti banyak pasukan yang lain, tidak mampu untuk memenuhi permintaan gaji yang terlampau tinggi.

Ini kerana impak covid-19 kepada ekonomi kelab pada ketika ini. Paul Pogba masih belum melanjutkan kontrak beliau di Man United – yang akan tamat pada 2021.

Pogba dilaporkan sedang meminta gaji sehingga £400,000 seminggu di Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer sudah menegaskan beliau tidak mahu kehilangan Paul Pogba. Namun sikap ejen Pogba membuatkan pengurusan Man United agak menyampah.

Paratici mengakui mereka berminat dengan Paul Pogba namun bukannya terlalu terdesak sehingga menuruti sahaja permintaan beliau yang dianggap terlalu tak munasabah.

Paratici berkata: “Pogba pemain yang luar biasa. Kita semua tahu beliau seorang juara. Namun ada perkara yang akan berubah selepas krisis wabak ini.”

“Ini kerana permintaan gaji pemain di tahap beliau akan sukar untuk ditunaikan.”

“Ataupun hanya ada beberapa kelab sahaja yang akan berbelanja besar selepas ini.

Bekas pemain United, Rafael berpendapat Paul Pogba seharusnya menerima gaji sama dengan Cristiano Ronaldo.

Namun Paratici tak setuju dengan menyatakan: “Cristiano adalah pemain yang berbeza dengan kesemua pemain lain. Beliau memberikan sesuatu yang luar biasa dan membantu dalam meningkatkan keuntungan.”

https://twitter.com/MUnitedNewsNow/status/1257037366205841409

“Beliau adalah mewakili jenama yang namanya hampir sama besar dengan kelab.”

Baca juga perkembagan dari Eropah yang lain

Perth Tawarkan Diri Anjur Baki Perlawanan EPL

Tuntutan Pemain Wanita AS Dibayar Sama Rata Dengan Lelaki Ditolak Mahkamah

Ini Pasukan Tahunan EPL 2019/20 Pilihan EA Sports