Cristiano Ronaldo kini menyamai rekod gol antarabangsa Ali Daei dengan 109 gol. Dua gol menentang Perancis dalam aksi terakhir peringkat kumpulan akhirnya membolehkan Ronaldo hanya dibezakan 1 gol sahaja daripada rekod penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman ataupun Greatest of All Time (GOAT) dari segi gol antarabangsa.

Ronaldo memerlukan 178 penampilan untuk Portugal sementara Ali Daei melakukannya dengan 149 kaps untuk Iran.

Iannya perjalanan yang sangat panjang oleh Ronaldo yang kini sudah berusia 36 tahun. Namun beliau masih menunjukkan nafsunya untuk bersaing mendapatkan kasut emas.

Dalam Euro kali ini, Ronaldo menjaringkan 5 gol setakat ini, menjadi pendahulu persaingan kasut emas.

Dua gol Ronaldo membantu negaranya mara, sekali lagi sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

Portugal sebelum ini juara Euro dengan kemaraan daripada slot 3 terbaik – yang pertama kalinya diperkenalkan pada Euro 2016.

Portugal akan berhadapan dengan Belgium pada aksi 16 akhir.

Ali Daie mengucapkan tahniah kepada Ronaldo dengan melabel kapten Portugal itu sebagai juara hebat serta insan yang prihatin,

“Tahniah Cristiano Ronaldo yang kini cuma 1 gol dipisahkan daripada memecahkan rekod gol antarabangsa. Saya berbesar hati dengan pencapaian ini akan menjadi milik Cristiano Robaldo – juara yang hebat dalam bola sepak dan manusia yang penyayang yang memberikan inspirasi serta impak di seluruh dunia.”

Pada 2019, Ronaldo menjaringkan gol ke-99 untuk Portugal dan ketika itu beliau bertekad mahu mengejar rekod gol Ali. Ronaldo berkata: “Semua rekod dicipta adalah untuk dipecahkan.”

Dedikasi dan kerja keras beliau membantunya sampai ke sini.

Dalam kempen Euro, Ronaldo sudah menjaringkan 14 gol setakat ini, menjadikan beliau penjaring terbanyak dalam sejarah kejohanan.

Ronaldo merentasi era yang berbeza dengan menjadi pemain pertama bermain dalam 5 edisi Euro dan menjaringkan gol dalam setiap edisi yang beliau bermain.

Baca juga artikel

Euro 2020: Portugal Teruskan Kemaraan, Ronaldo Samai Rekod 109 Jaringan

Euro 2020: Gol Goretzka Selamatkan Maruah Jerman, Bakal Hadapi England

Euro 2020: Kemenangan Dramatik Pastikan Sweden Ungguli Kumpulan E