Kehebatannya menjaringkan 2 gol ketika menewaskan Pasukan Bola Sepak Profesional Liga 1 Jepun, Cerezo Osaka pada peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Global J Green Sakai di Osaka, Jepun menjadi sebab utama mengapa pasukan tersebut tertarik untuk mengambil beliau menyertai kelab tersebut meskipun baru berumur 12 tahun.

Perkara ini sebagaimana yang di nyatakan oleh Encik Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia yang berada bersama ketika kejohanan tersebut berlangsung.

Bagi pelatih Akademi Tunas, Program Penbangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Kubang Pasu, Abid Safaraz bin Rozaidi, perkara ini merupakan suatu yang menarik perhatiannya dan beliau bersedia untuk berjauhan dengan keluarga bagi bersama kelab tersebut di Osaka, Jepun.

71252656_1171002356418587_575991544306204672_n

“Saya tidak menyangka kelab Cerezo Osaka berminat dengan saya kerana saya biasa sahaja, tidak hebat mana. Sekiranya perkara tersebut benar, saya sangat gembira untuk menyertai mereka meskipun saya tahu saya akan berjauhan dengan keluarga”

“Saya akan rindu dengan keluarga saya sekiranya saya berada di sini tapi itu bukan halangan. Ini kerana ilmu dan pengalaman yang bakal saya perolehi di sini nanti sangat berharga dan boleh menjadikan saya pemain bola sepak yang berjaya. Mereka mempunyai fasiliti latihan yang baik serta corak latihan yang berbeza berbanding di Malaysia. Saya nak jadi pemain bola sepak yang berjaya sebab saya nak kumpul duit untuk bawa mak pergi Mekah”

70135434_1172165582968931_8423094590227087360_n

Mengulas mengenai perlawanan yang beliau hadapi sewaktu kejohanan di sini, beliau menyatakan terdapat banyak perbezaan berbanding perlawanan yang pernah beliau sertai di Malaysia

“ Secara keseluruhannya, setiap pasukan yang kami hadapi di sini sangat bagus. Mereka mempunyai kualiti permainan yang baik dan corak permainan yang laju. Sekiranya saya berada di sini mungkin cara bermain saya seperti mereka”

Sebagai rekod, penyertaan pasukan Malaysia Warrior dan Malaysia Tiger di Kejohanan Bola Sepak (Bawah 12 Tahun) Piala Global J Green Sakai di Osaka, Jepun merupakan kesinambungan daripada Kejohanan Yakult Global Cup 2019 anjuran Syarikat Yakult (M) Sdn Bhd yang telah di adakan pada bulan Julai yang lalu di mana pemenang bagi pertandingan ini di bawa dan di taja bagi menyertai kejohanan di Jepun ini.

Artikel padu mengenai Jepun dan Malaysia untuk dihadam lebih lanjut seperti dibawah.

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Struktur Liga Bawah 15 Tahun Jepun Yang Mungkin Tidak Ramai Tahu Mengenainya

6 Pemain Muda Malaysia Berguru Di Jepun Bersama Cerezo Osaka, FC Tokyo Dan JFA Academy

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group