Gergasi J1 League, Cerezo Osaka secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan lagi kontrak pemain berusia 18 tahun dari kelab Thai League, BG Pathum United FC semalam.

Tawan Khotrsupho yang telah beraksi bersama skuad Cerezo Osaka U23 selama 1 musim pada 2019 itu telah berjaya menambat hati barisan kejurulatihan skuad tersebut dan seterusnya ditawarkan kontrak pinjaman lanjutan untuk 1 musim lagi di Osaka.

Pada musim 2019, Tawan Khotrsupho telah diturunkan dalam 13 perlawanan mencatatkan 264 minit masa bermain dalam perlawanan J3 League dan beliau tidak diturunkan dalam mana-mana perlawanan piala lain.

726_J_T-3-640×427

Dengan persetujuan tersebut, kontrak baharu Tawan Khotrsupho akan aktif pada 1 Febuari hingga 31 Disember 2020.

Selain Tawan Khotrsupho, seorang lagi pemain BG Pathum United yang dipinjamkan ke Cerezo Osaka adalah Pongrawit Jantawong, dan beliau telah tampil dalam 8 perlawanan merekodkan 284 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol.

Kesemua aktiviti pertukaran pemain remaja diantara kedua-dua buah pasukan adalah hasil dari kerjasama yang telah ditandatangani pada September 2012 dan menjadikan BG Pathum United sebagai Affiliate Club Cerezo Osaka.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Beri Bonus RM1.35 Juta Kepada Pasukan U23 Selepas Belasah Bahrain 5 Gol Tanpa Balas

Chanathip Songkrasin Muncul Rakyat Thailand Pertama Dilantik Sebagai Duta Mastercard

8 Syarikat Hantar Bidaan Hak Penyiaran Thai League 2021-2028, FA Thailand Akan Meneliti 2 Bidaan Terbaik