Juara Philippines Football League (PFL) 2019, Ceres Negros yang kini berjaya layak ke saingan play-off saingan AFC Champions League 2020 hampir pasti tidak dapat menggunakan khidmat pemain paling penting mereka iaitu Stephan Schrock.

Situasi ini adalah cukup sukar untuk mereka telan kerana Stephan Schrock akan dikenakan penggantungan 1 perlawanan selepas mengumpul 2 kad kuning dalam 2 perlawanan kelayakan play-off sebelum ini.

Stephan Schrock telah mengutip kad kuning pertama dalam perlawanan kelayakan 1 play-off ketika berhadapan dengan pasukan Shan United dan kad kuning kedua ketika menang keatas juara Thai FA Cup 2019, Port FC di Bangkok.

photo_2020-01-24_09-59-16

Ketiadaan Stephan Schrock dalam pasukan Ceres Negros amat dirasai terutama kerana kewujudan beliau diatas padang sebagai kapten pasukan adalah sangat penting untuk mengemudi aksi pasukan lebih-lebih lagi dipentas AFC Champions League seperti ini.

Musim 2019, pasukan Ceres Negros telah berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir zon ASEAN kejohanan AFC Cup sebelum tewas tipis kepada Hanoi FC. Tahun 2018 pula, mereka berjaya sampai ke peringkat akhir zon ASEAN namun tumpas 1-3 kepada Home United.

Ceres-is-better-than-Port-FC-and-goes-on-to

Musim 2017 mungkin tahun yang paling bermakna kepada Ceres Negros apabila muncul sebagai juara zon ASEAN AFC Cup 2017, seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Inter-Zone.

Berdasarkan rekod 3 tahun terkini, pasukan ini boleh dikatakan sebagai antara pasukan terkuat ASEAN dalam kejohanan AFC Cup dan kini mereka cuba untuk layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemain Ceres Negros Ini Teruja Untuk Menentang Pasukan ‘Kampung’ Sendiri Dalam Play-Off AFC Champions League

Penjaring Terbanyak Liga Filipina 2019 Jordan Mintah, Penyerang Import Terbaru Pasukan Terengganu FC II?

11 Pemain Dari Filipina Berjaya Tambat Hati 8 Kelab Dalam Saingan Thai League 1 Musim 2020