Kelab gergasi dalam liga bola sepak Filipina, Ceres Negros kini sudah mencapai persetujuan untuk berpindah milik dan nama kelab itu juga kini dikenali sebagai United City FC.

Perkara ini telah didedahkan oleh seorang wartawan sukan Filipina, Cedelf Tupas melalui laman sosial Twitter petang tadi bersama satu kenyataan rasmi berkenaan pertukaran hak milik kelab tersebut.

Kumpulan pelabur yang berada dibawah nama MMC Sportz Asia akan menguruskan semua baki operasi kelab diperingkat domestik Philippines Football League (PFL) serta kejohanan diperingkat AFC.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Mr. Yanson dan barisan pengurusan kerana bersetuju untuk memindahkan hak milik kelab kepada kami yang membolehkan para pemain terus menyertai saingan PFL dan jugha AFC Cup musim 2020.”, kata Eric Gottschalk, CEO MMC Sportz Asia.

“Pihak kami akan memohon kebenaran secepat mungkin dari PFF untuk menamakan semula kelab kepada United City Football Club, serta memohon sokongan untuk kami beraksi dalam saingan AF Cup 2020.”

“Kami juga akan ‘honor’ legasi yang telah dibina oleh Mr. Yanson sejak beliau mula menubuhkan Ceres Negros dan kami akan meneruskan pembangunan bola sepak Filipina terutamanya bola sepak profesional dan skuad kebangsaan.”

Sebelum ini timbul kekecohan mengenai masa depan kelab itu serta pemain-pemain mereka apabila pemilik semasa iaitu Ceres yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan bas mengalami masalah kewangan akibat isu penularan wabak COVID-19 sehingga memberikan kesan terus kepada operasi kelab itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi

Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia