Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Ab Rasid Jusoh meminta semua pihak terutamanya media tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain dan juga para pemain.

Ab Rasid menganggap segala berita mengenai Nafuzi dan pemainnya yang beredar di laman media sosial ketika ini hanyalah khabar angin sambil menegaskan jurulatih itu masih berada dalam perancangan pasukan.

“Siapa kata (Nafuzi) tiada dalam perancangan? Janganlah buat spekulasi terlebih dahulu. Kami memohon agar penyokong mahupun media memberi peluang untuk fokus kepada baki perlawanan (Piala FA) ketika ini.

“Perkara paling penting buat Terengganu adalah final Piala FA bulan depan. Semua orang tahu bukan mudah dan sudah lama kami nantikan untuk layak ke final,” katanya menurut laporan Shoot.

Nafuzi Zain sebelum ini dilaporkan bakal meninggalkan Terengganu pada musim hadapan dan beberapa kelab dalam saingan Liga Super dikaitkan dengan ketua jurulatih berusia 43 tahun itu.

Selain Nafuzi, beberapa pemain Terengganu seperti Faisal Halim, Shahrul Nizam dan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim juga dikaitkan dengan perpindahan menyertai pasukan lain musim hadapan setelah tampil cemerlang bersama kelab dari Pantai Timur itu sejak dua musim kebelakangan ini.

Aksi Faisal Halim ‘Menganjing’ Penjaga Gol Sri Pahang Curi Tumpuan

Faisal dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Selangor manakala Rahadi pula dikaitkan dengan pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menggantikan Farizal Marlias.

Penyokong Terengganu nyata kurang gemar dengan gangguang ke atas pemain dimana perkara ini boleh mengganggu fokus menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang JDT pada 10 September ini.

Untuk perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pengelola Liga Malaysia, Liga bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengeluarkan senarai harga tiket iaitu bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200.

Dalam pada itu, MFL turut mengumumkan sebanyak 78,000 tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 akan dijual. MFL juga memutuskan untuk menyerahkan urusan jualan tiket yang telah diperuntukan kepada setiap kelab untuk dijual kepada penyokong masing-masing.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

78,000 Tiket Final Piala FA 2022 Akan Dijual, Harga Bermula RM50

TMJ Ucap Tahniah Kepada Kuala Lumpur City